EKSA, singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan bagi penjenamaan semula 5S. Justeru dalam garis panduan ini, nama EKSA akan digunakan bagi menggantikan nama 5S.
Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all
yang dipraktikkan sebelum ini kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian Eksa ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA :
•Menampilkan imej baru
•Kekal relevan
•Mempunyai identiti tersendiri
•Meningkatkan persaingan di kalangan agensi
•Memenuhi keperluan semasa
OBJEKTIF BAGI PENJENAMAAN SEMULA :
•Dapat menampilkan imej korporat
•Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
•Melahirkan warga kerja yang lebih kreatif dan inovatif
•Mempertingkatkan penjimatan tenaga seta kitar semula (Go Green)
FAEDAH MELAKSANAKAN EKSA :
•Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
•Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
•Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
•Meningkatkan imej agensi sektor awam
•Menjana idea kreatif di kalangan warga JKDM
•Meningkatkan semangat kerja berpasukan
0 comments:
Post a Comment